Wakaf Telaga
Islam sangat menggalakkan penganutnya untuk bersedekah. Bahkan Allah menjanjikan pahala yang sangat besar dengan amalan ini. Cuma Ada yang bertanya “ apa lagi yang kami boleh sedekah ustaz?” Ok, Ada satu jenis sedekah yang pahalanya tetap mengalir sampai kiamat. Nak Tahu apa? Sedekah dengan memberi insan lain minuman.
Ada 7 amalan yang pahalanya akan mengalir walaupun kita sudah meninggal dunia:
1. Orang mengajar ilmu yang bermanfaat.
2. Orang yang mengalirkan sungai (air).
3. Orang yang menggali telaga.
4. Orang yang menanam kurma.
5. Orang yang membina masjid.
6. Orang yang mewariskan mushaf al Quran.
7. Orang meninggalkan anak yang meminta ampun untuk kedua ibu bapanya.
Zaman Rasullah dulu ada sahabat besar yang bernama Uthman bin Affan. Orang kaya lagi dermawan. Salah satu cara sedekah Uthman adalah dengan menginfak Perigi untuk kegunaan Ummat Islam Madinah ketika itu. Dengan Infak tersebut ada yang boleh berwudhuk, buat bekalan Di Rumah, Bersuci Dan sebagainya. Setiap jam ada yang Guna Dan setiap kali Digunakan air tersebut maka mengalir pahala pada Uthman. Untungkan??
Kadang ada yang bertanya, “kenapa Infak perigi..?” Baiklah, Cuba bayangkan kalau setitis air yang diminum menghilangkan dahaga yang amat sangat ? Diminum Dan terus diminum. Setitis air tu dah menghasilkan 10 pahala kebaikan. Tu kalau sorang. Cuba kita kira kalau yang minum tu beratus orang? Makin banyak pahala kita. Tidak berkurang bahkan makin bertambah pahala.
Oleh itu, marilah bersama sama kita keluarkan seberapa yang termampu dari kocek2 kita untuk disedekahkan kepada Projek Wakaf Telaga Afrika.
SATU SEDEKAH, SERIBU SENYUMAN
Semoga Allah Sayang dan Redha. Amin
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada semua penyumbang. Dengan sumbangan anda kami mampu meneruskan kerja-kerja kebajikan serta dakwah secara berterusan.